3 Tips Jelita Rupa dan Hati, Dihadapan Ilahi

Bookmark and Share
3 Tips Jelita Rupa dan Hati, Dihadapan Ilahi - Ketika mahu berjumpa kekasih hati yang halal, pasti sebagai seorang perempuan kita mahu bersolek cantik dihadapan si dia. 

Sifat teliti dalam memastikan setiap penjuru badan kelihatan sempurna, adalah sifat wajib yang ada dalam diri perempuan.

Sama ada hanya bertemu empat mata dirumah, atau mahu keluar bersama, kaum hawa sentiasa ingin cantik setiap masa. Antara perkara yang diambil kisah adalah:

[+] Pakaian kemas dan bersih
[+] Muka cantik berseri
[+] Berwangi-wangian

Itu adalah untuk kekasih hati yang halal. Jika diaplikasikan perkara yang sama ketika menghadap Ilahi, alangkah bertambah-tambah serinya kita sebagai hamba dihadapan Pencipta yang Satu.

Bukan sekadar bertambah seri kita dihadapan Ilahi, dengan izin Allah, bertambah kasih dan cintaNya terhadap diri kita.

=====
Bagaimana jelita dihadapan Ilahi?

Mulakan usaha sedikit demi sedikit. Moga sedikit amalan, menjadi pahala yang membukit. Sekecil-kecil usaha adalah dengan:

Satu. Memulakan niat yang betul.

Dua. Fokus ketika berwudhu.

Tiga. Telekung yang bersih, cantik dan selesa dipakai.

=====
Bagi perkara tiga, isu kesukaran mendapatkan telekung yang sesuai dengan kehendak diri, sering menjadi alasan untuk kekal cantik dihadapan Ilahi. Sedangkan, Allah cinta utama dalam hidup. Ciri telekung yang sentiasa menjadi trauma adalah:

[+] Jarang
[+] Longgar pada bahagian dagu
[+] Pilihan warna yang terhad

Walau bagaimanapun, setiap situasi sukar pasti ada jalan penyelesaian. Buat pelaburan untuk mendapatkan telekung yang selesa, adalah bukti cinta pada Ilahi. Jika seorang perempuan boleh bersolek cantik untuk si suami, mengapa tidak untuk Ilahi?

Dapatkan pilihan telekung yang bersesuaian dan menikmati keselesaan.

Buat pilihan tepat, sebelum bersolat. Khusyuk dalam solat, itu matlamat. Raih cinta Ilahi agar hidup dilimpahi rahmat. 

Demikian informasi mengenai 3 Tips Jelita Rupa dan Hati, Dihadapan Ilahi , Semoga postingan 3 Tips Jelita Rupa dan Hati, Dihadapan Ilahi ini bermanfaat untuk anda dan keluarga anda semua.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar